Alhamdulillah..syukur ke hadrat-Nya kerana saya masih bernafas hingga ke hari ini..hari ke-24 tahun usia saya. Saya mulakan hari ini dengan muhasabah diri..cuba menilai tentang diri saya..walaupun ia bukanlah cara terbaik kerana pandangan orang lain juga harus diambil kira..kerana mereka memandang saya dari sudut yang berbeza..bezanya saya lebih memahami diri saya tapi amat sukar untuk saya membuatkan orang lain faham terhadap saya..
Tinggal ada lebih kurang 7 minggu lagi sebelum saya menamatkan zaman bujang..dan apa yang saya harapkan tempoh itu akan membantu saya dan bakal suami untuk cuba menyesuaikan diri masing²..bukanlah tidak ada keserasian di antara kami tapi berdasarkan pengalaman orang lain yang sudah menempuh alam yang satu ini..kita tidak akan mengenali atau lebih memahami pasangan kita itu sehinggalah menempuh alam perkahwinan.
Perkahwinan dan percintaan mempunyai salingkait yang utuh..saling memerlukan seperti mana pasangan bercinta yang ingin mengakhiri percintaan mereka itu dengan perkahwinan..pasangan yang mampu menempuh ranjau dan dugaan sepanjang percintaan..memperkukuhkan ikatan cinta itu dengan kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan tidak mustahil akan berakhir dengan perkahwinan selagi jodoh berkekalan dengan izin ALLAH..
Buat bakal suami yang saya sayangi, percayalah bahawa jodoh kita ini adalah dengan ketentuan-Nya..kita ibarat "jigsaw puzzle" yang ingin saling melengkapi agar akhirnya membuahkan hasil yang mengagumkan..jangan biarkan walau satu kepingan sekalipun hilang kerana ia akan sedikit mencacatkan 'pandangan mereka yang melihat'..kita perlu saling menutup kelemahan masing² dengan kelebihan yang kita ada..ini adalah usaha kita..jangan lupa, doa juga ubat yang mujarab untuk lebih mengukuhkan ikatan kita itu..selebihnya berserah kepada Allah dan jangan sekali-kali kita mengalah sebelum berjuang..
Saya menyayangi dan menerima 'Abang' dengan setulus hati saya dan kerana saya percaya bahawa kita pasangan yang saling memerlukan..kelemahan saya dapat ditutup dengan kelebihan yang ada pada 'Abang' dan begitu juga sebaliknya..terima kasih di atas segala teguran yang diberikan kerana ia menjadikan diri saya lebih kuat dan lebih yakin..walaupun sebelum ini saya tidak menunjukkan hatta sedikit pun rasa 'tanggungjawab' terhadap 'Abang'..percayalah masanya akan tiba juga untuk saya membuktikan bahawa saya mampu memberikan yang terbaik untuk 'Abang' InsyaAllah...semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat, AMIIN..