Thursday, June 03, 2004


DaisypathNext Anniversary Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran tunang tersayang saya, Azwaddy.."Happy Birthday, Sayang!" ;-> ermm sungguh tabah saya menunggu hingga detik 12 malam utk menghantar SMS dan mengucapkan selamat kepadanya..dan dia juga membalas dengan mengatakan jangan tidur kerana dia hendak menelefon saya..erkk..hmm walaupun mata saya sudah merah..tapi saya tetap menunggu demi sayang..kasih..cinta..eh seme lah! ihikss

panjang juga perbualan kami semalam..satu jam lebih wahhhhhh...habislah duit bayar bil nanti..hehe dan dia seakan tidak percaya bila saya mengatakan bahawa 'proposal'nya tentang hari perkahwinan telah dipersetujui! hmm begitulah kalau seorang seperti ayam..dan seorang seperti itik..dua² bercakap tapi saling tidak memahami! ini kerana sebelum itu dia telah menelefon Bu Dids tentang 'proposal'nya itu..tapi iya lah..mungkin ada kesilapan teknikal pada gagang telefon..ataupun..coverage ketika itu tidak berapa bagus..maka ada sedikit pemesongan berlaku!

"I hereby declare.." cehh saya dengan rasminya mengumumkan bahawa kami berdua akan menamatkan zaman purba..eh zaman bujang masing² pada 28 & 29 Ogos 2004 ini..damm..dumm..kebabommm --> bunyi mercun dan bunga api lah kunun! lepas tuh ada bunyi tepukan gemuruh..hehe dan InsyaAllah..tunang tersayang saya akan datang ke Sabah pada hari ke-40 kenduri tahlil arwah datuk nanti..jadi kazen-mazen..mck²..pck²..ambiklah kesempatan utk berkenalan dgn lebih mesra dgn tunang tersayang saya waktu itu okies..

saya sebenarnya sungguh rindu dgn tunang tersayang..kerana sudah 2 minggu..diulangi 2 weeks! tidak bertelefon..gara² hmm kesensitifan tahap melampau yg saya dan dia juga alami! hmmm nasib baik tidak diparas bahaya! kalau tidak..oh tidakkk saya tidak mahu membayangkannya! apa²pun..segala yg keruh telah di'filter' dan dijernihkan! dan telah diisi dgn 'klorin' agar sentiasa jernih..(betulkah klorin buat air jernih..??)Alhamdulillah!

hmm panjang juga posting saya ini..tidak mengapa ini adalah semata² utk tunang tersayang yg jauh di mata..tapi dekat di hati.."Abang, saya doakan semoga diberi kesihatan yg baik..dimurahkan rezeki..dirahmati Allah selalu..dan saya harap 'pemberian' saya yg tidak seberapa itu dihargai sebagai pengganti diri saya yg jauh..I Love You!" -= Kaulah Segalanya..=-

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku tulus ikhlas
Suci hatimu kasih

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

AzFiedah blogged on 7:29 AM


+Me, Myself and I+




+Preity Fiedah+
+Sweet 27 born on 9th July 1980+
+Married to a wonderful man, Azwaddy+
+Mommy to a cute lovely baby girl, Ashadieyah+
+Location: Kuching, Sarawak, Malaysia+
+Japanese Name: Raicho Arakida+


My Mood...

The current mood of preity_fiedah at www.imood.com

+Friends+