Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah
sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah
disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka
untuk kita.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk
bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita
punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan
tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk
ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan
masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang....
Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg
suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg
anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki
satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin
anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan
diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg
cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup
utk membuatkan anda bahagia....
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa
saja yg datang di dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg
menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah
mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah
menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan
berakhir dgn tangisan.....
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu
yg telah dilupakan
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga
anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Love is a promise.Love is a souvenir.Once given, never forgotten.Never let it dissappear.