Saya ingin berkongsi rasa hati saya pada anda semua..sebenarnya saya berasa amat bersyukur kerana terhindar daripada kejadian kemalangan kelmarin..begini kisahnya..seperti yg anda maklum, saya setiap kali balik dari kerja akan menaiki bas Kepayan bernombor 17A..
entah mengapa kelmarin saya berkira² utk pulang terus tanpa singgah di mana² kedai seperti mana biasa saya lakukan..tetapi setelah menjejakkan kaki di centre point..hati saya kuat utk meninjau sebuah kedai yg menjual novel..buku² agama..tudung..etc --> malas mok explain! selepas meninjau kedai itu, barulah saya melangkah utk pulang..
saya bernasib baik kerana bas tersebut terus sahaja menuju destinasi apabila saya menaikinya..ketika sampai di simpang empat berhadapan dengan Hotel Tang Dynasty jalan menjadi sangat jammed! ini menghairankan kami! selalunya tidak pernah berlaku sedemikian melainkan ada kemalangan..memang sah ada kemalangan berlaku di hadapan setelah melepasi jambatan highway itu..
dan apa yg paling mengejutkan ialah bas tersebut bernombor 17A! dan jika saya tidak singgah ke kedai buku di centre point itu tadi..sah² saya akan menaiki bas tersebut! dan uhhh tak yah cakaplah! bas tersebut termasuk ke dlm longkang dlm keadaan terbalik separuh iaitu cermin di sebelah kanan mencecah longkang..pecah cermin hadapan..dan remuk di sana sini..saya dpt membayangkan bahawa pemandu bas tersebut dikeluarkan pada pintu sebelah kiri! ya tuan² dan puan² saya selalunya duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu!
saya rasa pucat seketika..tidak dapat menggambarkan perasaan saya yg berbaur..kerana terlepas daripada kejadian itu..saya juga sempat membayangkan jika saya berada di dalam bas tersebut..saya mungkin sudah patah riuk..Alhamdulillah..saya terhindar!
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempurna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...