Thursday, May 20, 2004


DaisypathNext Anniversary Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker


wuarghh..saya menguap perlahan..wahh hari ini kebanyakan rakan² sekerja saya yg prihatin mengambil kesempatan utk tidur..! hmm enaknya melihat mereka tidur..seakan saya ingin join sekaki..eh...jiran hadapan meja saya siap berdengkur! amboiii besh nyer..saya saja yg menjadi lipas kudung sebentar kerana menyelesaikan beberapa perkara sebelum memulakan posting ria!

hmm kelemahan saya kelmarin seakan² terbawa hingga ke hari ini..esok petang kami akan memulakan pengembaraan ke kampung halaman tercinta...kerana mlm esok akan diadakan tahlil utk arwah..tetapi yg akan hadir hanyalah keluarga rapat sahaja..hmmm penatnyer...my sis Ana..jangan lupa esok..janji kita utk bertemu..dan jika anda membaca posting saya ini..esok petang..kamu sekeluarga akan mengambil saya di ofis tepat 5 petang..dan kita akan pulang bersama² mengembara ke kampung halaman tercinta! minyak kereta 'pree op caj' kan..ihikss begitulah yg di'sms' kepada saya lewat ptg kelmarin..

hmm jika hari ini saya kurang sibuk..saya akan meneruskan pembacaan novel "hatimu untuk siapa" karya H.M Tuah Iskandar..saya amat tertarik dengan tulisan beliau pada setiap minggu di majalah mingguan wanita...saya membeli majalah ini di setiap keluaran semenjak dari Kuching lagi..bolehlah sebagai panduan masa hadapan..hmm nampaknya kakak ipar tunang tersayang saya juga mula berjinak² membeli majalah ini..banyak yg kami kongsi bersama sewaktu saya bercuti di sana awal Mei lepas..dari tips² yg menarik hinggalah ke resepi! :)

my sis Ana, jika saya tidak terlupa..saya akan membawa bersama koleksi majalah pengantin, wanita dan nona dan jangan lupa membawa notepad anda..kita akan bersama² men'design' baju nikah saya okiess..ihikss..dan oleh kerana mata saya semakin layu..it's time for me to zzzz too...saya harap tidak ada panggilan telefon utk saya lagi kerana saya tidak suka tidur saya terganggu...cehhh mcm boss seja! till then..wuarghh tup!

AzFiedah blogged on 11:13 AM


+Me, Myself and I+




+Preity Fiedah+
+Sweet 27 born on 9th July 1980+
+Married to a wonderful man, Azwaddy+
+Mommy to a cute lovely baby girl, Ashadieyah+
+Location: Kuching, Sarawak, Malaysia+
+Japanese Name: Raicho Arakida+


My Mood...

The current mood of preity_fiedah at www.imood.com

+Friends+