Friday, May 21, 2004


DaisypathNext Anniversary Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker


Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar²nya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.

Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang anak matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut helo jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu²nya jika ada org lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Cinta telah dibekalkan kepada setiap insan. Dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan. Tanpa cinta semuanya menjadi hambar, ibarat kopi tanpa gula dan susu.

Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut, tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini jika tersembunyi niat² yg tidak baik di hati anda terhadap pasangan anda itu. Anda tidak layak melahirkan perkataan ini jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yg tersembunyi di hati.

Memang, sesuatu yg kita pandang dari jauh kelihatan lebih memikat sehinggalah kita dekati. Seperti kita selalu menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya. Tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih.

Demikian juga perkahwinan. Dahulu sebelum berkahwin angan² membuahkan perasaan yg muluk² dan sangkaan yg indah² tapi setelah berkahwin pelbagai perkara kian nyata. Biar apapun keadaannya, bukankah setiap insan itu ada kebaikan dan keburukannya, ada kelebihan dan kelemahannya. Jika ada sesuatu yg buruk pada dirinya, apakah diri anda okey semuanya? Jika anda pun demikian dan dia boleh menerima anda dengan keburukan yg ada pada diri anda, mengapa tidak anda?

Apa sebenarnya yg kita mahukan daripada sebuah perkahwinan? Perkahwinan adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Ia bagaikan stesen menyedia sebanyak² bekalan sebelum beralih ke alam kehidupan lain yg lebih abadi. Malang sungguh jika anda menjadikan perkahwinan sebagai stesen penghimpun dosa, sebagai stesen menyeksa kehidupan anda sendiri yg sepatutnya anda kecapi dengan penuh kenikmatan, kebahagiaan bersama seluruh ahli keluarga anda.

Kasihanilah diri anda sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia. Suami atau isteri adalah penyeri kehidupan. Titipkanlah rasa cinta, kerana hanya kitalah makhluk yg dijadikan ALLAH mampu melafazkan perkataan ini utk dinikmati oleh pasangan² kita. Buktikan kita insan bahagia, agar kebahagiaan bermula di sini dan berkekalanlah di sana...

(Adapted from "Hatimu Untuk Siapa" -- DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ)


AzFiedah blogged on 3:18 PM


+Me, Myself and I+




+Preity Fiedah+
+Sweet 27 born on 9th July 1980+
+Married to a wonderful man, Azwaddy+
+Mommy to a cute lovely baby girl, Ashadieyah+
+Location: Kuching, Sarawak, Malaysia+
+Japanese Name: Raicho Arakida+


My Mood...

The current mood of preity_fiedah at www.imood.com

+Friends+