Tarikh: 15/05/2004
Hari: Sabtu
Masa: 12.45 tgh hari
Lokasi: Kg Surapit (untuk lebih spesifik di hadapan rumah Boyd Guntur)
Hmmm kejadian yang berlaku memang tidak diduga..pada ketika itu..kami segerombolan yg terdiri drpd 108 (3 org --> malas hendak menaip kerana tidak penting), Bu Tipah, Bu Dids, Nina, Adik Syikin, Saya, Mama saya dan Pck Zainuddin telah diarah oleh nek pompuan utk menghantar kerusi² yg dipunyai oleh Nek Uncu (panggilan ini patut diaplikasikan kepada Uncu S'pore hehe) yg jauhnya dari rumah nek pompuan hanyalah selaungan atau seteriakkan..hehe ataupun bila ditukarkan kepada masa..tidaklah mengambil masa yg agak lama..hanya kurang drpd 5 minit..hehe dekat jak pun..
apabila tiba di tengah² jarak atau lebih tepat lagi di hadapan rumah si Boyd Guntur..(well ani..saya rasa si Boyd nih bekas sekolah Maktab..rasanya ko pun kenal) pintu pagar rumah mereka yg sentiasa terbuka itu memang terbuka! sebaik sahaja melihat kami yg sedang susah payah mengangkat kerusi² plastik yg beratnya berkilo² itu..anjing² itu pun menyalak dengan nyaring dan kejam! hehe saya sengaja menaip kejam kerana mimik muka anjing² itu memang kelihatan kejam dan bila² masa sahaja pun akan menerkam mangsanya dengan rakusss cehhh..
demi sahaja mendengar salakan anjing² tersebut yg bertubi² (betul kah ni?) dan tanpa henti itu..maka berlarianlah si Nina, Wana dan Adik Syikin..seraya meninggalkan kerusi² plastik tersebut tersadai di tengah jalan..imagine saja bagaimana Adik Syikin itu berlari² anak..dengan sedaya upaya menampung berat badannya..even Babu Dids pun sempat memusingkan badannya juga untuk tujuan menyelamatkan diri! hehe..saya hanya terpaku tetapi dengan selamba berkata "jangan lari! nanti kena gigit!"
Mereka yg berkenaan itu tidak jadi meneruskan larian marathon kembali ke rumah nek pompuan..sebaliknya pergi mendapatkan kerusi² plastik yg ditinggalkan walaupun masih dlm ketakutan! keadaan cuaca panas telah membuatkan mereka sedikit tercungap dek kepenatan berlari anak sekejap walaupun jarak larian mereka itu tidaklah jauh mana..
mujur Pck Zainuddin bertindak drastik ala Hero Hindustan dengan berdiri betul² di hadapan pagar rumah Boyd Guntur dan memberi peluang utk kami lalu dengan selamat (ala² polis trafik lah pulak) pada fikiran Pck Zainuddin, jika ketika kami lalu itu..anjing² tersebut menerkam..dia dengan gagahnya akan membaling anjing² tersebut dengan kerusi² plastik itu yg jumlahnya kalau saya tidak silap..ialah 8...huh! boleh mati anjing² itu jika mereka mencari nahas jugak!
dengan pantas kami pun lalu walaupun beban yg kami bawa itu Ya Rabbi! beratnyaaa..akhirnya..berkat kesabaran kami semua..kami pun sampai di rumah nek uncu dengan selamat tanpa kesan² luka gigitan anjing mahupun kecederaan parah..hehe..perjalanan yg mengambil masa kurang drpd 5 minit itu telah terlajak menjadi 15 minit gara² anjing² yg tidak berperi kebinatangan itu walau sedikitpun!
Moral: Hati² dengan Anjing!