Friday, May 21, 2004


DaisypathNext Anniversary Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker


Saya memulakan pagi saya yg indah ini dengan bangun seawal pukul 6 pagi..ini kerana saya tidak perlu mengerjakan subuh :)..saya lantas pergi ke belakang rumah utk menjemur kain baju yg berjumlah satu bakul sahaja..di ulangi..satu bakul seja bah..saya mengatakan pagi yg indah kerana saya dapat menikmati 'senyuman' mentari di ufuk timur ditambah lagi dengan angin pagi yg sejuk dan menyegarkan...hmmm sungguh mempesonakan! ihikss..sebenarnya saya sempat berangan yg kononnya saya berada di Kinabalu Pine Resort..sedang menikmati kesejukan hawa Gunung Kinabalu...memakai sweater tebal dan pap! eh hanger saya jatuh..oh baru saya sedar saya bukan di situ..tapi cuma di belakang rumah menjemur baju! uhhh

pagi ini saya dihantar oleh Bu Tipah, mck saya yg paling sporting dan lemah lembut..hehe..anak lelakinya yg bongsu iaitu adik juga turut serta..wahh sungguh ceria si adik kerana tidak pergi ke sekolah dan tengah hari ini mereka akan berangkat ke KL..hmm saya juga sepatutnya turut serta tetapi oleh kerana merajuk tahap melampau terhadap tunang tersayang saya..saya lantas membatalkan niat serta merta! huishhh..sebenarnya kami bukan bergaduh..tapi saya yg sensitif ketika itu! kena lagi penangan 'hujung bulan' hah faham jak lah..hehe

hmmm saya lapar! saya harus memulakan hari ini dengan breakfast! tetapi saya akan menunggu kawan sekerja yg prihatin sampai.."hish mana dorang nih..?? lambat plak ari nih"..kenapa mereka lambat..?? biasanya mereka sudah sampai ketika ini! did i missed something..?? adakah telah diisytiharkan cuti hari ini..?? eh kenapa saya tidak tahu..?? "Assalamualaikum Pidah.." kusss semangat "eh...nda cuti rupanya..semua org lambat hari ni pulak" "iya kan..awal ko sampai" sambil tersenyum sumbing "nda lah..kamu yg lambat" kwang kwang kwang "jum breakfast!" "ayuk.."

AzFiedah blogged on 7:26 AM


+Me, Myself and I+




+Preity Fiedah+
+Sweet 27 born on 9th July 1980+
+Married to a wonderful man, Azwaddy+
+Mommy to a cute lovely baby girl, Ashadieyah+
+Location: Kuching, Sarawak, Malaysia+
+Japanese Name: Raicho Arakida+


My Mood...

The current mood of preity_fiedah at www.imood.com

+Friends+