Ya..ini masa yg sgt sesuai utk kamu sekalian mendalami lagi bahasa unik ini..hehe kalau boleh sediakan peralatan yg sepatutnya seperti ring notepad kecil berharga RM1.60 dan sebatang pen berharga RM1.00..ini sudah memadai
Sebelum memulakan pembelajaran, selain drpd doa belajar..sila lakukan 'stretching' pada bahagian lidah kerana part ini yg paling penting..anda boleh menggerakkan lidah ke atas lelangit dan ke bawah berulang kali..jelirkan ke luar dan dalam..sehingga anda merasakan lidah anda boleh meliuk lentuk bak pelita ayan yg sering dinyalakan ketika malam 7 likur menjelang hari raya aidilfitri...sesudah itu..anda boleh memulakan sesi pembelajaran tidak kira waktu siang atau malam..
Terlebih dahulu Part 1 akan mendedahkan tentang asas² percakapan seperti yg tertera di bawah ini:
Saya = Kamek, Kamu = Kitak, Dia = Nya, Sini = Sitok, Sana = Sinun, Situ = Siya, Kan = Nak, Mahu = Ingin,Mok, Ini = Tok, Itu = Ya, Nanti = Kelak, Tiada = Sik ada, Sikda, Tidak = Sik, Memang = Nang, Macam = Kedak, Sekarang = Kinek tok, Saja = jak, Kenapa = Kenak, Punya = Mpun, Di mana = Siney, Tinggal = Diam, Tadi = tek, Air = Ae'(perkataan ini susah sekali hendak dieja..sila tanya rakan² anda yg pakar)
Sila ambil perhatian bahawa huruf R adalah susah untuk disebut oleh kebanyakan org sarawak..mereka akan menyebut seperti percakapan org semenanjung yg rata² menyebut R sebagai GH..saya susah hendak memberi contoh di sini kerana tidak terdapat multimedia function dlm blog saya ini hehe..
till then..kindly get back to me for any clarification..hehe