Monday, May 17, 2004


DaisypathNext Anniversary Ticker

Lilypie 3rd Birthday Ticker


Nasib baik saya mengambil inisiatif utk membuat blog ini..sekurang²nya saya boleh meluahkan apa yg terbuku dan terpendam di hati saya..bukanlah niat saya untuk menagih simpati ataupun belas kasihan..tetapi ia sekadar untuk mengurangkan bebanan perasaan yg bila dipendam mungkin akan mengganggu emosi dan menjejaskan prestasi kerja saya..bukan juga niat saya untuk memburukkan pihak yg berkenaan ataupun menambahkan kebencian org² yg saya sayangi terhadap pihak tersebut..bukan..bukan..dan bukan sama sekali! :~(

Saya tidak tahu di mana salah atau silap saya di mata mereka..(baca ala² rancangan ANITA yg selalu ke udara di Astro RIA..hehe) tapi biarlah saya menceritakannya dgn serba ringkas agar kisah ini boleh dijadikan panduan untuk semua..ia bermula pada April 2003..ketika itu saya masih berada di Kuching menghabiskan 2 subject yg tinggal sebelum saya balik ke Sabah untuk bercuti..pada masa itu, baki subject saya yg perlu dihabiskan ialah Thesis yg hanya boleh dijalankan ketika semester panjang..memandangkan semester pendek itu saya tidak ada subject lagi yg akan diambil sementelah saya ini adalah pelajar tahun akhir..yg akan menghabiskan pengajian pada Disember 2003 dan seterusnya konvo pada Oktober 2004...maka saya berkira² utk menjadi tutor di IPD KK Pusat Wilayah UNITAR Sabah..

permohonan saya yg hanya melalui emel tanpa surat rasmi itu diterima baik oleh CEO IPD KK yg memang saya kenal dgn baik sekali..beliau mempelawa saya untuk terus bekerja sepenuh masa..wah ini lumayan! saya tidak menyangka sama sekali! actually kalau ikut perancangan saya, saya hanya mahu bekerja part time dan apabila semester panjang bermula, saya akan kembali ke Kuching..rezeki yg dtg ini membuatkan saya berfikir semula dan saya bersetuju utk mengambil peluang ini..mana tau ada hikmah di sebalik rezeki ini..hehe lalu saya dgn riangnya memberitahu mck saya iaitu Babu Dids ttg perkhabaran gembira ini dan meminta pendapatnya di manakah harus saya tinggal dan siapakah yg akan bermurah hati menumpangkan saya ke tempat kerja..

Babu Dids pada ketika itu mengalu²kan kedatangan saya utk tinggal di rumahnya saja..dan saya pun bersetuju..tetapi sebaliknya pula berlaku bila saya sampai sahaja di Sabah..Babu Dids dgn wajah serius mengatakan saya akan tinggal dengan '108' kerana mereka beriya² utk menghantar saya dan ada juga mengatakan yg mereka sanggup membawa saya ke mana sahaja yg saya mahu..huh lembut gusi dari lidah! saya yg pada ketika itu tidak mengesan sikap mereka ini lantas terus bersetuju..tetapi di sinilah bermulanya kehidupan sedih saya...

ketika bersarapan pada hari kedua di 108..saya mengajukan pertanyaan siapakah yg akan menghantar saya pada setiap pagi..lalu si emak memberitahu dia yg akan menghantar memandangkan anaknya yg baru sahaja habis diploma itu mengajar sementara di SK Luyang..dan ia tidak akan menimbulkan masalah kerana melalui jalan yg sama..saya hanya mengangguk faham..tiba²..."tapi bulihkah kau tulung juga bayar duit minyak kereta..pasal tau saja lah babu ni pun teda duit" saya terkejut bukan kepalang..saya tidak kisah sgt jika berkongsi membayar minyak kereta..tetapi..saya belum lagi memulakan kerja..di mana harus saya mendapatkan duit..?? tidakkah mereka terfikir tentang ini?

"saya tiada duit skarang ni bu...kalau ada gaji nanti bulihlah.." kata saya meminta consideration.."mama kau tiada duit kah..? kalau nda pinjam dulu sama Babu Dids" amboiiiii sedapnyaaaa mulut dia cakap mcm tuh! mau jak saya cili padikan mulut dia..eeee sakit hati saya! tanpa lengah saya ajukan perkara ini pada Babu Dids dan juga Uncu...uncu sgt marah dan tidak menyangka mereka ini bersikap demikian! manakala Babu Dids hanya diam dan berkata "babu sudah jangka ini akan berlaku"

setelah itu..berita ttg saya ini tersebar luas di kalangan sedara mara saya! wahhh informasi selaju internet! hehe...dan pelbagai reaksi negatif ttg mereka telah saya ketahui..tapi memang saya tidak menyangka sama sekali mereka akan berubah sikap kerana semasa arwah pck masih ada..mereka inilah yg paling baik kelakuannya dan amat disayangi pada ketika itu..tapi masa merubah segalanya! sedangkan pantai lagikan berubah..inikan lagi hati manusia! rambut saja sama hitam tapi hati lain²

to be continued...


AzFiedah blogged on 7:39 AM


+Me, Myself and I+




+Preity Fiedah+
+Sweet 27 born on 9th July 1980+
+Married to a wonderful man, Azwaddy+
+Mommy to a cute lovely baby girl, Ashadieyah+
+Location: Kuching, Sarawak, Malaysia+
+Japanese Name: Raicho Arakida+


My Mood...

The current mood of preity_fiedah at www.imood.com

+Friends+