Wah..panasnya hari ini! saya melakukan posting ini di sebuah CC di tkt 2 centre point..hmmm cuma untuk melepaskan gian membuat posting agar menjadi tatapan my sista n my aunty..
2 hari ini bermula sabtu lalu menunjukkan keadaan yg kontras berbanding cuaca sepanjang minggu lalu..kalau anda merujuk posting saya pada archive sebelah ini..minggu lalu adalah minggu 'lembap' dan amat berbeza dgn keadaan cuaca hari ini dan kelmarin..
hmm teringat tentang perbualan 'ibu²' ketika kenduri tahlil ke-7 hari lewat mlm minggu lepas.."wah hari ini panas jugak..mcm tau² ja ada sure heboh hari ni bah.." kemudian terdengar pula seorang lagi 'ibu' menyahut "emm kena kasi lari bah itu ujan sekejap pigi laut..untuk 2 hari dulu supaya ramai org dtg p tu sure heboh" hmmm 'ibu²' ini punya persepsi sendiri tentang cuaca hehe..lucu pulak!
hmmm apa berlaku selepas ini..?? saya akan mengisi perut saya yg sedari tadi berkeroncong irama rock! hmm nampaknya saya lapar tahap maksima kerana jika tidak irama yg beralun hanyalah balada ataupun R&B..hehe dan selepas itu..saya akan mengambil bas menuju kepayan dan terus balik ke rumah tumpangan saya di 108..
saya berkira² mahu berpindah terus ke rumah Bu Tipah hari ini jugak kerana 108 telah memaklumkan kepada Bu Tipah yg anaknya tidak larat hendak menghantar saya lagi! hmmm sungguh kejam tindakan itu! pada hal saya membayar RM20 setiap 5 hari dia menghantar saya sebagai kos minyak kereta! hmmm apalah nasib..keadaan ini menyebabkan saya terkadang ingin cepat kahwin dan berpindah ke rumah bakal suami saya di Kuching! tetapi saya sabarkan sahaja..saya harus menelefon uncu di s'pore utk 'seek her advice first' hmm okies..till tomorrow..c u..