Mengenangkan filem BULI arahan Afdlin Shauki, pelakon yg amat diminati oleh Uncle Sharil (bak kata uncu) sedikit sebanyak ada kaitan dengan saya..hmmm sesiapa yg belum atau akan menonton filem ini..jangan lupa untuk mendapatkan yg original di kedai speedy atau gerai² tepi jalan pasar malam yg sering menjadi tumpuan my sista Ani..hehe
Anda bolehlah membaca posting saya ini untuk brief description film buli..:) Kisah buli saya bermula apabila saya di'appointed'kan menjadi Coordinator Scheduling Unit pada awal April lepas..sepatutnya post saya ini hanya akan effective pada Jun ini..tetapi suatu perkara yg tidak terduga berlaku..dan di sinilah kisah buli ini bermula...jeng jeng jeng
Coordinator utama, seorang perempuan cina muslim..tidak dapat meneruskan tugas buat sementara waktu kerana bapa mertuanya baru sahaja meninggal dunia..atas dasar kasihan..dan memikirkan ini hanya sementara..saya dengan separuh rela cehh mcm nda ikhlas jak..terpaksa memikul post ini utk membantu para pelajar menyelesaikan masalah mereka berkaitan dgn akademik..
walaupun agak baru dgn bidang kuasa ini..tetapi saya telah meng'handle'nya dengan excellent kerana kebanyakan org² atasan UNITAR Kelana Jaya ini saya sudah kenali..dan ada juga yg memang mengenali saya..ihikss..bukan riak k..hishhh
walaupun masih dibebani dgn jadual mengajar (pada masa itu 2 minggu sblm final exam)saya tetap tekun menggalas dua beban tugas yg pada kiraan kawan² sekerja saya yg prihatin..adalah tidak adil! mereka sering menasihatkan saya agar membiarkan sahaja kerja tersebut dibuat sendiri oleh Academic Manager kami, seorang lelaki cina tulen..
saya hanya mampu mengeluh..tetapi tetap menyelesaikan kerja 'bagi pihak' academic manager itu..hari yg paling menggembirakan ialah apabila coordinator utama telah kembali bekerja..tetapi hampa! coordinator yg tidak tahu mengenang budi itu jugak dgn selamba 'pass her work to me'! ini tidak adil! saya merungut lagi..dan lagi..dan lagi...
Kawan² sekerja yg prihatin menunjukkan riak tidak puas hati atas kelakuan melampau coordinator utama..mereka tetap menghasut saya agar menegakkan kebenaran..bukan benang yg basah! saya mengambil masa yg lama utk berfikir dan bertindak..akhirnya berkat sabar dan diam² ubi berisi saya itu..academic manager telah ditegur kerana bersikap tidak adil serta membebankan saya oleh our COO (Chief Operating Officer)betul² di depan saya..saya berasa terharu dan merasakan itu adalah hari kemenangan saya! yiihhaaaaaa..
hehe dan yg paling besh jugak..coordinator utama turut ditegur! hmmm jgn sangka air yg tenang tiada buaya! hmmm sehingga hari ini..beban kerja saya agak kurang..tetapi satu kejutan lagi..coordinator utama mengambil cuti drastik 2 bln atas sebab² peribadi yg pada hemat saya dan kawan² sekerja yg prihatin adalah tidak munasabah and really doesn't make sense...hmmm whatever! bila boring saya boleh berposting ria! hehe