"Hancur hatiku..mengenang dikau..menjadi keping²..setelah kau pergi..tinggalkan kasih sayang..yang pernah singgah..antara kita..masihkah ada sayang itu...??" ini ialah lirik lagu nyanyian kumpulan Dewa..jangan salah faham..saya bukan mengenang kisah cinta lalu yg tidak kesampaian..tidak!
sebenarnya saya hanya ingin mengaitkan lagu ini dengan cerita yg akan saya tulis..kepada semua..jangan sedih..ini ada kaitan dengan arwah datuk..begini kisahnya..semalam setelah habis meng'iron' baju..si anak menerima panggilan telefon daripada kawannya..saya tidak mengendahkan tetapi hati saya tersentuh apabila saya terdengar(overheard)perbualan mereka tentang arwah..(ini kerana si anak bertelefon di ruang yg berdekatan dgn biliknya..saya kebetulan memang berada di dalam bilik itu)
Apa yg boleh saya simpulkan berdasarkan butir² perbualan mereka ialah si kawan bertanyakan ke mana mereka sepanjang 2 minggu yg sudah..si anak memberitahu destinasi utama ialah Labuan dan kemudian kampung halaman kita yg tercinta..si kawan mungkin berasa konpius mengapa berada di kampung kerana seperti yg semua maklum..mereka ini jarang balik ke kampung! mengalahkan org yg bekerja saja sibuknya..lalu si anak menceritakan tentang peristiwa itu dengan lebih detail..si kawan berasa hairan mengapa arwah tidak disempurnakan jenazahnya pada hari dia meninggal juga..
jawapan daripada si anak itu yg menyentuh hati saya! "hmm kalau ikut, pck aku memang mau kasi selesai hari itu jugak..(pck yg dimaksudkan ialah pck Hamzah)..tapi entahlah..aku pun nda tau kenapa..kalau ikut memang pun kena selesaikan hari tu jugak kan..tapi kebetulan ada mck aku yg dari singapore lagi..kazen aku dari kuching..pck aku dari kl..tunggu dorang lah.." (mereka juga ada menyebut tentang hukum..something like that..u all know lah kan..those fardu kifayah..etc..)
huh jawapan itu seolah² meletakkan kesalahan di bahu kami..pada hal saya telah merujuk kepada Babu Dids tentang perkara ini..Babu Dids menyatakan bukan tidak mahu menyelesaikan hari itu jugak..tetapi keadaan yg tidak mengizinkan..tidak dapat mencari org utk menggali kubur..org mengurus jenazah..etc..kerana hari itu org bekerja..dan ketiadaan 'contact number' org² yg berkenaan jugak! tidakkah mereka sedar yg mereka juga datang lambat! hmmm dek kerana perbualan itu saya menangis lagi! ;~).."hancur hatiku..mengenang dikau.." (ceh ala² muzik latar lah konon)
sebenarnya keadaan saya makin stabil..tidak lagi macam minggu yg sudah..pantang teringat air mata ini mudah saja keluar! tetapi peristiwa semalam membuatkan air mata saya tumpah lagi..dan perasaan geram terhadap si anak membuak² macamlah dia saja tau hukum sebegitu! setakat diploma syariah yg dia ada..layak sangatkah dia menjatuhkan hukum..??
hmmm minggu ini memang saya amat sensitif..ini petanda PMS hehe..biasalah perempuan..well, walau bagaimana geram dan marah sekalipun saya pada si anak..saya tetap mendoakan agar dia berjaya pada temuduga yg akan dijalaninya minggu depan (saya bukan hipokrit! tapi ikhlas)..temuduga sebagai pegawai tadbir kalau tidak salah saya hasil daripada dia mengisi borang SPA itu..kalau dia dapat..sekurang²nya perasaan 'jeles' terhadap saya yg sudah bekerja ini mungkin akan kurang..hmm hopefully..