ehem..jangan salah sangka k..dia ni sebenarnya kazen saya, merangkap anak Bu Tipah yg juga adik kepada Kaci..ihiks sebenarnya..saya sengaja utk menulis tentangnya di sini dek kerana rasa terharu di atas keprihatinannya sepanjang ermm 3 hari menghantar saya ke ofis! ceh..
nama timangannya ialah Boy atau panjangnya disebut Boboy (tiada kaitan dengan kumpulan muzik jiwang karat tu k!) ehmm..dia ni nampak jak pendiam tapi..kalau sudah layan cerita amboiiii bagus bah jugak dia nih..hmm kaci serius nih..nda tipu..dia tidaklah berkira sangat bangun seawal pagi utk menghantar saya..malah tidak ada masalah utk membangunkan dia ni..saya seawal 7 pagi sudah sampai di ofis dan boleh memulakan posting ria! huh sungguh baik hati dia ini!
pagi tadi..saya masuk lewat ke ofis kerana duty consultation bermula 12-9 mlm ini..jadi sebelah pagi saya meminta bantuannya utk mengangkut brg² saya dari 108 ke 102..pakai keta lagik tuh hehe...sebenarnya barang saya tidak banyak mana..tetapi dek kerana tidak ada kotak besar..jadi saya menggunakan plastik² sederhana besar utk memuatkan brg² tersebut..itulah sebabnya brg² saya kelihatan banyak sekali! si Boy hanya menurut tanpa byk bicara..
selepas memunggah kesemua barang tersebut, saya memintanya membawa saya ke post ofis..kerana hendak mengirim brg..dia dengan pantasnya mandi dan bersiap ala kadar..saya mengatakan ala kadar kerana dia hanya memakai seluar paras lutut sahaja..hehe..setelah selesai urusan di post ofis..saya teringat yg dia tentunya belum breakfast..jadi saya membawa dia ke Lintas Square utk makan supaya dia tidak perlu bersusah payah menghantar saya ke ofis..(Lintas Square tuh jauh 300 meter jak dari ofis saya)
walaupun utk ke lintas square..kami sampai tersesat ke jalan likas..maklumlah..rupa²nya hendak masuk ke jalan lintas itu kami sepatutnya menaiki flyover yg baru siap itu! aduhhh terlepas peluang utk naik flyover..ihikss nda pa la..lain kali ada peluang..cuba lagi! cehhh tetapi kami akhirnya sampai jugak ke lintas square walaupun melalui jalan yg berliku² (betul..serius nih..nda tipu!)
semasa makan itu lah saya berbual panjang dengan si Boy..amboiii dia minat keta lumba nih...hehe tapi nda la sampai mok ikut lumba haram tuh..area lintas tuh selalu dikunjunginya bersama rakan² seperjuangannya yg lain ketika mlm minggu..."itu dulu..skarang ni nda lagi.." ohhh begitu..ketika itu jugaklah dia memberitahu dia tidak kisah menghantar saya..at least dia dpt 'mempertajamkan' skill drivingnya..maklumlah..baru dpt lesen..P lagik tuh..hehe...banyak juga yg kami bualkan..termasuklah 108..hmm so many things until i dunno what to type anymore..huiiyyoo..but the conclusion is Boy memang besh! hehe